Berkira-kira dengan Islam

Alhamdulillah dengan tertegaknya premis orang Islam disamping menuntut keperluan ekonomi fardhu kifayah dapat dilaksanakan.  Rasulullah SAW dan para sahabat melaksanakan Islam bukan sahaja dari sudut ibadahnya tetapi terhasil nahtijahnya menerusi berdirinya pasar orang Islam (السوق الإسلامي الأول) iaitu Suq Al-Ansar (سوق الأنصار). 

Apa yang hebatnya hasil ukhuwwah di kalangan sahabat masing-masing berlumba-lumba untuk merealisasikan tuntutan fardhu kifayah ini. Tapi di akhir zaman kita di serang penyakit حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. Dunia nak juga dan akhirat pun nak juga ibarat 50% dunia 50% akhirat. Langsung tiada jiwa nak membela Islam apatah lagi nak membangunkan tuntutan fardhu kifayah cukup sekadar dalam hati  berkata ” takpe محل غير إسلامي kan ada”. Kedengaran cukup sinis apatah lagi tidak merasakan berdosanya.

Sudahkan pula yang berhasad kedengaran berkata محل غير إسلامي kat sana lagi murah! Umpama menyuburkan sifat mazmuzah seperti takabbur. Sedia maklum takabbur berasal dari kata berikut:

  • Akar kata: ك ب ر , yang membawa maksud besar atau menjadi besar.
  • Fi’il asal: كَبُرَ — fi’il madi yang bermaksud menjadi besar.
  • Wazan fi’il: تَكَبَّرَ pada pola تَفَعَّلَ (tafa’ala), yang membawa makna berbuat atau menunjukkan sifat besar terhadap diri sendiri, iaitu menyombongkan diri.

Sifat takabbur ini pula merupakan salah satu sifat mazmumah @ najis batin yang perlu dibersihkan dalam diri manusia. Nak kenal sifat takabbur sangat senang, samada dia akan membesarkan perihal dirinya sendiri atau pun dia akan memperlekehkan orang lain atau merendah-rendahkan martabat orang lain dengan tujuan meninggikan dirinya sendiri. Kata-kata seperti ” Saya nak support kedai orang kita”, tapi tu lastlah dia datang itu pun kedai kesukaannya tutup maka terpaksalah datang ke kedai orang Islam. Tak kurang juga mengatakan محل غير إسلامي kat sana ada sahaja servis tu kenapa kat kedai kamu tak ada? Di dalam nada meninggikan suara di depan pelanggan yang lain. Kenapa begitu? Kerana tujuan mereka sendiri untuk merasa megah dan merendahkan pendiri bisnes Islam. Alangkah malang sekali jika yang berkata adalah pihak autoriti yang mempunyai kredibiliti untuk mengajar agama @ pun orang agama sendiri. Kehadiran kita di premis orang Islam cukup hanya hadir menerusi perbuatan tanpa mengucapkan secara lisan saya nak support orang kita atau sebagainya kerana kebiasaan mereka yang begini memang pun bertujuan mahu merendah-merendahkan orang lain. Teringat pesan tok guru jika mempelajari agama ikutilah pembelajarannya mengikut disiplin ilmu dalam menuntut ilmu. Bukannya belajar agama dengan melompat sana sini  belajar ilmu fardhu kifayah tetapi di dalam hal ilmu fardhu ain pun masih diabaikan atau mengikut selera nafsu sendiri.

Berterima kasih pun tidak kepada pendiri-pendiri ekonomi fardhu kifayah malah di pandang sebelah mata pula. Kadang-kadang perbezaan harga sekitar 1 atau 2 sen pun sangat-sangat berkira lalu bertukar haluan ke محل غير إسلامي, lagi-lagilah bahan tersebut mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang mulia tidak pula diberikan perhatian utama. Akhirnya terhinalah Islam kerana ianya dikuasai atau di monopoli oleh محل غير إسلامي. 

Ketahuilah jika jarak dalam radius 2 marhalah ketiadaan premis yang menyediakan servis atau perkhidmatan daripada orang Islam, maka setiap orang yang berada dalam radius 2 marhalah itu dikira sudah pun berdosa setiap saatnya. Sehinggalah ada yang mengambil tangggungjawab mendirikan keperluan untuk orang Islam maka dosa tersebut terhenti. Jadi kena banyak-banyaklah bersyukur jika lahirnya premis orang Islam di dalam radius 2 marhalah tadi. 

Melainkan di premis orang Islam belum terdapat lagi servis tersebut barulah kita boleh beralih ke محل غير إسلامي! Kita doakanlah moga-moga mereka (pendiri fardhu kifayah ini mampu menyediakan servis itu suatu hari nanti)
Bahkan kita boleh sahaja berniat sedekah dengan melanggani servis di premis orang Islam walaupun dengan perbezaan harga yang tidak banyak kurangnya dengan محل غير إسلامي. Memanglah strategi harga mereka (محل غير إسلامي) sangat berbeza dengan premis orang Islam tetapi ianya bukanlah tiket untuk meremehkan tuntutan untuk menegakkan ekonomi fardhu kifayah itu perlu diabaikan. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Ianya menunjukkan kecintaan umat ini di akhir zaman yang sangat dekat kepada harta, pangkat dan kemasyhuran semata-mata. Sehinggalah nanti di suatu masa di kalangan agamawan akan berkata nanti sewaktu kedatangan (الدجال لعنة الله عليه) ..”tak mengapa kita mengaku Tuhan di mulut tapi di hati tetap beriman! Mana mungkin begitu! Lalu jatuhlah kita dalam keadaan terkeluarnya dari agama ini secara tidak sedar.