Blog – Hari Ke 27 Buka Premis, 27 Februari 2025 (Khamis)
Saja nak berceloteh. Sambil menunggu kelulusan lesen PBT yang tak kunjung tiba oleh pihak MBS. Menunggu panel MBS iaitu pihak PDRM untuk sesi temuduga yang seterusnya. Jika dah siap maklumat dan surat sokongan dari PDRM barulah lesen PENUH akan dikeluarkan oleh MBS itu pun kena menunggu step seterusnya iaitu perlu membayar bayaran bagi permit sesekat dan permit kerja kecil di Jabatan Kawalan Bangunan MBS di tingkat 2. Satu bilik @ sesekat bernilai RM600. Banyak juga nak sediakan duit untuk lesen penuh PBT ni. Dalam masa yang sama, lesen cetak KDN sedang diusahakan untuk permohonan bidang fotostat @ percetakan ni.
Apa pun keberadaan premis @ kedai di Garden Homes Seremban 2 yang berdepan dengan padang Taman Garden Homes Seremban 2 ni agak mencabar dengan keadaan premis tanpa signboard sebenar. Berikutan lesen sementara sahaja jadi tiada kelulusan untuk menaikkan signboard premis. Sedikit demi sedikit pelanggan yang berkunjung ke sini antaranya pelanggan di sekitar Taman Iringan Bayu Mambau, Ampangan, Senawang dan sekitar Seremban.
Sekadar nak memaklumkan awal tahun ni banyak pelajar-pelajar KAFA yang tidak dapat menerima skim pinjaman buku teks KAFA. Apapun solusinya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan memfotostat buku-buku KAFA tersebut. Ingin di maklumkan perniagaan yang kami buat ni adalah sebagai “Fardhu Kifayah” yang menjadi alternatif bagi pelanggan yang beragama Islam untuk memfotostat risalah-risalah atau pun buku-buku agama @ turath yang kita sedia maklum ianya mengandungi ayat-ayat Quran dan Hadis Nabi. Sayugia juga diingatkan pelanggan sudah pun boleh berasa lega atas kapasiti kami sebagai premis orang Islam yang boleh menawarkan perkhidmatan tersebut. Segala pelupusan yang mengandungi ayat-ayat Quran atau Hadis akan dijalankan berdasarkan perlaksanaan yang patuh syarak. Apatah lagi jika ingin memegangnya memerlukan wudhuk bagi memelihara kemuliaan ayat-ayat quran tersebut.
Dewasa ini ramai yang memandang remeh dan memukul rata bahawa jika tafsir Quran boleh dipegang tanpa wudhuk atas alasan adanya terjemahan rumi di situ. Sebenar kaedahnya amat senang difahami jika peratusan ayat quran tersebut lebih banyak berbanding rumi maka ada hukum di situ untuk memerlukan kita berwudhuk untuk memegangnya. Contohnya ayat Quran 60% dan baki 40% rumi maka di sinilah perlunya kepada wudhuk bagi memelihara kemuliaan ayat Quran tersebut. Jelaskan!
Sesuai kepada dalil Quran yang berbunyi : وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”.
Copyright © Redzuanart Enterprise (202403252336 (003650820-T) | Berdaftar dengan E-perolehan & Kem. Kewangan | Email | Management