Berkira-kira dengan Islam

Alhamdulillah dengan tertegaknya premis orang Islam disamping menuntut keperluan ekonomi fardhu kifayah dapat dilaksanakan.  Rasulullah SAW dan para sahabat melaksanakan Islam bukan sahaja dari sudut ibadahnya tetapi terhasil nahtijahnya menerusi berdirinya pasar orang Islam (السوق الإسلامي الأول) iaitu Suq Al-Ansar (سوق الأنصار). 

Apa yang hebatnya hasil ukhuwwah di kalangan sahabat masing-masing berlumba-lumba untuk merealisasikan tuntutan fardhu kifayah ini. Tapi di akhir zaman kita di serang penyakit حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. Dunia nak juga dan akhirat pun nak juga ibarat 50% dunia 50% akhirat. Langsung tiada jiwa nak membela Islam apatah lagi nak membangunkan tuntutan fardhu kifayah cukup sekadar dalam hati  berkata ” takpe محل غير إسلامي kan ada”. Kedengaran cukup sinis apatah lagi tidak merasakan berdosanya.

Sudahkan pula yang berhasad kedengaran berkata محل غير إسلامي kat sana lagi murah! Berterima kasih pun tidak kepada pendiri-pendiri ekonomi fardhu kifayah malah di pandang sebelah mata pula. Kadang-kadang perbezaan harga sekitar 1 atau 2 sen pun sangat-sangat berkira lalu bertukar haluan ke محل غير إسلامي, lagi-lagilah bahan tersebut mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang mulia tidak pula diberikan perhatian utama. Akhirnya terhinalah Islam kerana ianya dikuasai atau di monopoli oleh محل غير إسلامي. 

Ketahuilah jika jarak dalam radius 2 marhalah ketiadaan premis yang menyediakan servis atau perkhidmatan daripada orang Islam, maka setiap orang yang berada dalam radius 2 marhalah itu dikira sudah pun berdosa setiap saatnya. Sehinggalah ada yang mengambil tangggungjawab mendirikan keperluan untuk orang Islam maka dosa tersebut terhenti. Jadi kena banyak-banyaklah bersyukur jika lahirnya premis orang Islam di dalam radius 2 marhalah tadi. 

Melainkan di premis orang Islam belum terdapat lagi servis tersebut barulah kita boleh beralih ke محل غير إسلامي! Kita doakanlah moga-moga mereka (pendiri fardhu kifayah ini mampu menyediakan servis itu suatu hari nanti)
Bahkan kita boleh sahaja berniat sedekah dengan melanggani servis di premis orang Islam walaupun dengan perbezaan harga yang tidak banyak kurangnya dengan محل غير إسلامي. Memanglah strategi harga mereka (محل غير إسلامي) sangat berbeza dengan premis orang Islam tetapi ianya bukanlah tiket untuk meremehkan tuntutan untuk menegakkan ekonomi fardhu kifayah itu perlu diabaikan. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Ianya menunjukkan kecintaan umat ini di akhir zaman yang sangat dekat kepada harta, pangkat dan kemasyhuran semata-mata. Sehinggalah nanti di suatu masa di kalangan agamawan akan berkata nanti sewaktu kedatangan (الدجال لعنة الله عليه) ..”tak mengapa kita mengaku Tuhan di mulut tapi di hati tetap beriman! Mana mungkin begitu! Lalu jatuhlah kita dalam keadaan terkeluarnya dari agama ini secara tidak sedar.